BANTUAN MANGSA BANJIR PASIR PUTEH KELANTAN
Kegiatan Sosial

BANTUAN MANGSA BANJIR PASIR PUTEH KELANTAN


Bantuan kepada mangsa banjir adalah penting untuk membantu mereka yang terjejas akibat banjir untuk pulih secepat mungkin. Terdapat pelbagai jenis bantuan yang boleh diberikan kepada mangsa banjir, termasuk bantuan kewangan, perumahan sementara, makanan, pakaian dan perubatan. Bantuan kewangan adalah penting kerana ia membantu mangsa banjir untuk menampung kos pembaikan rumah dan perniagaan yang rosak akibat banjir.

Rasulullah SAW bersabda:

“Mana-mana orang Islam yang terkena tusukan duri malah kesusahan yang lebih kecil daripada itu pun akan diberi ganjaran satu darjat dengan sebab kesusahan itu dan satu dosa akan dimaafkan.”

HR. Muslim

Banjir besar di Pasir Puteh, Kelantan kali ini antara yang paling teruk dalam sejarah. Hampir meneggelamkan rumah dan kebanyakkan mangsa tidak menyelamatkan barang-barang di dalam rumah. Oleh itu, Yayasan Amal Maaruf mengambil inisiatif untuk membantu mangsa banjir di Pasir Puteh, Kelantan yang terjejas akibat banjir besar yang melanda pada Disember 2022 lepas. Dengan bantuan kewangan, sedikit sebanyak dapat membantu keluarga mangsa banjir untuk membeli keperluan asas seperti tilam, bantal serta pakaian. Tidak lupa juga barang makanan asas. 

Pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi membantu mangsa-mangsa yang terjejas membina kembali kehidupan mereka. Mudah-mudahan dengan pemberian yang kita hulurkan ini sekurang-kurangnya mampu meringankan beban yang sedang mereka tanggung. Semoga Allah SWT mengurniakan keampunan dan ganjaran yang besar buat kita semua.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).”

Surah al-Ma’idah, ayat 2

Jom #BuatBaik!